Jika kita diam, kita kehilangan nilai kemanusiaan
Dr Maziah Mohammad, peserta misi Freedom Flotilla Coalition ke Gaza, menekankan kepentingan bantuan perubatan dalam misi kemanusiaan dan menyeru masyarakat antarabangsa agar tidak berdiam diri terhadap penderitaan rakyat Palestin. Beliau berkongsi rasa kecewa terhadap kurangnya tindakan pemimpin dunia dan menegaskan bahawa kemajuan teknologi tidak bermakna jika nilai kemanusiaan hilang.