Jumlah mangsa banjir di Kedah catat penurunan
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah terus berkurangan pagi ini. Terdapat 1,383 mangsa masih ditempatkan di PPS berbanding 1,550 orang daripada 452 keluarga pada Jumaat malam.