Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Banjir | Jumlah mangsa hampiri 1,000 orang

Banjir | Jumlah mangsa hampiri 1,000 orang

Setakat jam 8 malam Jumaat, jumlah mangsa banjir di seluruh negara menghampiri 1,000 orang dengan 929 mangsa terkesan melibatkan negeri Selangor, Johor dan Kelantan.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi mangsa yang terlibat dengan pemindahan iaitu 810 orang.