"keajaiban perubatan telah dikecapi" - Trump
Susulan pengumuman FDA berhubung penggunaan kecemasan vaksin COVID-19, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memuji Pfizer dengan menyatakan syarikat berkenaan telah memenuhi standard keselamatan tertinggi.
Selain itu Trump berkata vaksin berkenaan merupakan pencapaian sains terbaik dalam sejarah.