Tiada keperluan untuk berdebat mengenai isu kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana ia tidak akan membantu mencari penyelesaian.
Sebaliknya, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan, penyelesaian permasalahan veteran yang berkait rapat dengan kedudukan semasa negara adalah melibatkan pelbagai kementerian.