Kebakaran gas Putra Heights: 25 keluarga dibenarkan kembali ke kediaman masing-masing
Selepas hampir seminggu insiden letupan dan kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, seramai 25 keluarga dari Kampung Kuala Sungai Baru yang sebelum ini berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing secara berperingkat.