Selepas 25 tahun, Anwar kembali 'bergaya' ke Perhimpunan Agung UMNO
Selepas dipecat daripada UMNO 25 tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal kembali menjejakkan kaki dengan bergaya di perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 pada 9 Jun ini.
Kali terakhir beliau berucap pada PAU adalah pada tahun 1998 sebagai Timbalan Presiden UMNO.