Kecurian kabel antara punca utama gangguan perkhidmatan rel
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menjelaskan bahawa kecurian kabel dikenal pasti sebagai salah satu punca utama gangguan perkhidmatan rel di beberapa laluan pengangkutan awam, selain faktor teknikal dan cuaca, sambil menegaskan jumlah gangguan menunjukkan trend penurunan sejak tiga tahun kebelakangan ini.
