Kedah catat bilangan mangsa banjir tertinggi iaitu 1,940 orang
Beberapa negeri di Semenanjung terus dilanda banjir dengan Kedah mencatat bilangan mangsa tertinggi iaitu seramai 1,940 orang, setakat jam 11 malam.
Menurut portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pahang mempunyai bilangan mangsa kedua tertinggi iaitu seramai 1,247 orang, diikuti Perak dengan 1,206 orang.