Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Kedaulatan Sabah | Filipina, waris Sulu tiada hak buat tuntutan

Kedaulatan Sabah | Filipina, waris Sulu tiada hak buat tuntutan

Isu tuntutan yang didakwa datangnya dari Kesultanan Sulu seharusnya diberikan keutamaan dan diselesaikan kerajaan Persekutuan dan Wisma Putra, tegas Presiden Parti Warisan (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Malah menurutnya, Filipina atau pihak yang mendakwa menjadi waris diraja tersebut tidak mempunyai sebarang hak untuk membuat sebarang tuntutan.