Kerajaan pertimbang peruntukan tambahan pasca bencana di Sabah - PM
Kerajaan Persekutuan sedang menilai keperluan bagi menyalurkan peruntukan tambahan untuk usaha pemulihan banjir dan tanah runtuh di Sabah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setakat ini sejumlah RM10 juta sudah diagihkan sebagai langkah permulaan, namun laporan awal menunjukkan terdapat banyak kerosakan yang memerlukan perhatian segera.