Kerajaan sasar larang penuh vape, cadangan dibentang tahun ini
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni memberitahu Parlimen bahawa Kementerian Kesihatan kini dalam proses menuju pengharaman penuh rokok elektronik atau vape.
Cadangan itu dijangka dibentangkan kepada Jemaah Menteri tahun ini bagi mendapatkan persetujuan dasar sebelum pelaksanaan pengharaman sepenuhnya di Malaysia.