Kes keganasan wanita masih membimbangkan - Nancy Shukri
Kes keganasan terhadap wanita di Malaysia kekal pada tahap membimbangkan meskipun pelbagai usaha kerajaan dijalankan. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, memaklumkan lima negeri mencatat kes tertinggi iaitu Selangor, Perak, Johor, Kedah dan Sabah.
