Kes Yayasan Akalbudi | Zahid dakwa pendakwaan tidak adil dalam soal balas
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempertikai tindakan pasukan pendakwaan kerana didakwa bersikap tidak adil kepadanya apabila menyoal balasnya dengan soalan sama berulang-ulang kali sehingga beliau 'terperangkap'.
Presiden UMNO itu berkata demikian ketika Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd Jeffrey Ong bertanyakan soalan mengenai sumbangan yang dibuat oleh individu...