Ketidaktentuan tarif sukarkan penilaian inflasi, kadar faedah - Pengerusi Fed
Pengerusi Rizab Persekutuan, Jerome Powell, menyatakan bahawa dasar tarif Presiden Trump yang belum pernah berlaku sebelum ini menyukarkan unjuran inflasi dan penentuan waktu pemotongan kadar faedah. Powell juga menyentuh kesan hutang fiskal terhadap inflasi ketika ditanya mengenai rang undang-undang bajet yang dipertimbangkan di Senat.