awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
KBS galak penglibatan lebih ramai wanita dalam sukan
Kes demam campak di AS lonjak empat kali ganda purata tahunan dalam tempoh beberapa minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mars mahu ambil alih Pringles, Suruhanjaya Eropah bimbang harga snek naik

Bernama
Bernama
26/06/2025
08:30 MYT
Mars mahu ambil alih Pringles, Suruhanjaya Eropah bimbang harga snek naik
Kellanova yang berpangkalan di Chicago pula dikenali melalui jenama Pringles dan bijirin sarapan Kellogg's. Syarikat itu beroperasi di 180 negara dan mempunyai kira-kira 23,000 pekerja. - Gambar hiasan/ Vecteezy
BRUSSELS: Suruhanjaya Eropah menyuarakan kebimbangan terhadap rancangan Mars untuk mengambil alih Kellanova, pengeluar snek terkenal Pringles, lapor agensi berita Jerman dpa.

Ringkasan AI
  • Suruhanjaya Eropah melancarkan siasatan terhadap rancangan Mars untuk mengambil alih Kellanova, pengeluar Pringles, kerana bimbang penggabungan ini akan memberi Mars kelebihan dalam rundingan harga dengan peruncit di EU.
  • Penemuan awal menunjukkan pengambilalihan ini boleh mengukuhkan kedudukan pasaran Mars dan berpotensi menyebabkan kenaikan harga snek kepada pengguna, terutama ketika inflasi makanan masih tinggi di Eropah.
  • Suruhanjaya Eropah dijangka membuat keputusan menjelang 31 Oktober sama ada kebimbangan tersebut berasas dan jika tindakan lanjut perlu diambil terhadap penggabungan itu.

Suruhanjaya itu berkata siasatan telah dilancarkan terhadap perjanjian yang diumumkan pada Ogos lalu, susulan kebimbangan pengambilalihan akan memberi Mars kelebihan dalam rundingan harga dengan peruncit di seluruh Kesatuan Eropah (EU).
Syarikat itu menggaji lebih 150,000 orang di seluruh dunia.
Kellanova yang berpangkalan di Chicago pula dikenali melalui jenama Pringles dan bijirin sarapan Kellogg's. Syarikat itu beroperasi di 180 negara dan mempunyai kira-kira 23,000 pekerja.
Penemuan awal Suruhanjaya mendapati pengambilalihan ini berpotensi mengukuhkan lagi kedudukan pasaran Mars dengan menambah jenama popular Kellanova ke dalam portfolionya.
Menurut Suruhanjaya, penguasaan lebih besar boleh membolehkan Mars merundingkan terma bekalan dengan lebih agresif, sekali gus mendorong kenaikan harga snek kepada pengguna.
"Dengan mengambil alih Kellanova, Mars akan memperoleh beberapa jenama kerepek kentang dan bijirin yang sangat popular, menambah kepada portfolio produknya yang sedia kukuh dan meluas," kata Pesuruhjaya Dasar Persaingan EU Teresa Ribera dalam satu kenyataan.
"Memandangkan harga makanan kekal tinggi akibat inflasi di seluruh Eropah, amat penting untuk memastikan pengambilalihan ini tidak membebankan lagi kos barangan asas pengguna."
Suruhanjaya Eropah dijangka membuat keputusan menjelang 31 Okt sama ada kebimbangan itu berasas dan jika tindakan lanjut perlu diambil terhadap penggabungan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Eropah
#mars
#Kellanova
#Pringles
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan