Konvokesyen UMS | Ayah dan anak kongsi pentas graduasi
Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke-22 mencatatkan kenangan terindah buat pasangan anak-beranak yang berkongsi pentas graduasi.
Mohd Nazmil Rumpau Abdullah, 55, menamatkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah Pengurusan Pendidikan, manakala anaknya, Shaffiera Mohd Nazmil, 25, graduan Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial.