AWANI Pagi: Apa Suara Anak Muda Di Pentas Antarabangsa
Seorang anak muda Malaysia, Muhammad Danish Itqan Azli, 24, dipilih mewakili Malaysia ke Youth World Summit 2026 di Paris, Perancis, yang menghimpunkan pemimpin muda, pembuat dasar, profesional muda dan aktivis dari lebih 50 negara. Danish dipilih melalui proses oleh Center for International Policy and Sustainability (CIPS), selepas mempunyai pengalaman dalam kepimpinan pelajar dan penglibatan dalam program antarabangsa. Persidangan itu membincangkan isu yang dekat dengan kehidupan generasi muda — pendidikan, peluang pekerjaan, kesihatan mental, kesejahteraan dan kecerdasan buatan (AI), selain tadbir urus belia, SDGs, diplomasi dan kewarganegaraan global.