KPT bakal perkenal subjek baharu berteras pembinaan manusia
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memperkenalkan satu subjek baharu dalam Mata Pelajaran Umum di universiti yang memberi penekanan khusus dalam soal pembinaan manusia atau tasawwur.
Menterinya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, cadangan itu akan dikemukakan dalam tempoh terdekat sebagai usaha memperkukuh nilai kemanusiaan dalam pendidikan tinggi negara.
