Indonesia perkenal reka bentuk pasport baharu
Indonesia perkenal reka bentuk pasport baharu yang menampilkan warna kebangsaan merah dan putih, menggantikan warna hijau kebiruan yang digunakan sejak 2014.
Pasport yang dikemas kini itu diperkenalkan sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-79 pada Sabtu, dengan matlamat untuk meningkatkan ciri keselamatan dan mewakili unsur budaya negara.