Krisis Ukraine-Rusia | Puak pemisah Donetsk dakwa Rusia sudah tiba
Seorang jurucakap Majlis Republik Donetsk di Timur Ukraine mendakwa tentera Rusia sudah berada dalam kawasan Donetsk dan Luhansk.
Vladislav Brig, Timbalan Majlis Rakyat di Republik Rakyat Donetsk bercakap kepada media pada Selasa selepas Presiden Rusia Vladimir Putin mengiktiraf kawasan puak pemisah di timur Ukraine sebagai entiti bebas.