Lebihkan peruntukan pembekalan buku di perpustakaan dan sekolah - PBAKL
Pengerusi Pengelola Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL), Mohd Khair Ngadiron, mengesyorkan agar kerajaan tidak mengurangkan peruntukan pembekalan buku di perpustakaan dan sekolah. Beliau berpendapat bahawa langkah tersebut dapat mendorong pertumbuhan industri buku negara.