Letupan di Istanbul | Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia jadi mangsa
Kementerian Luar mengesahkan setakat ini tiada rakyat Malaysia terbabit dalam kejadian letupan di Istiklal Avenue, Istanbul, Turkiye.
Begitupun, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata Konsulat Malaysia di Istanbul masih memantau rapat perkembangan terkini kejadian itu.