Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

MA63 | Kerajaan umum perkara dipersetujui pada 4 Jan – Fadillah

MA63 | Kerajaan umum perkara dipersetujui pada 4 Jan – Fadillah

Kerajaan akan mengumumkan beberapa perkara dipersetujui berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pada 4 Januari depan kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan perkara itu selepas mesyuarat mingguan Kabinet pada hari berkenaan.