Malaysia larang kanak-kanak bawah 13 tahun miliki akaun
Malaysia bakal mewajibkan semua platform media sosial melaksanakan pengesahan identiti pengguna bagi melindungi kanak-kanak bawah umur 13 tahun daripada memiliki akaun. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata langkah ini penting untuk keselamatan digital dan pematuhan garis panduan komuniti.