Malaysia, Perancis perkukuh kerjasama ekonomi melalui pertukaran empat MoU
Malaysia terus memperkukuh hubungan ekonomi dua hala dengan Perancis apabila empat Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai antara entiti dari kedua-dua negara, hasil lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Paris pada Julai lalu.