awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja Korea Selatan ditahan di AS dibebaskan petang ini - Presiden Lee

Bernama
Bernama
11/09/2025
05:15 MYT
Pekerja Korea Selatan ditahan di AS dibebaskan petang ini - Presiden Lee
Lee berkata serbuan itu akan memberi kesan kepada syarikat-syarikat yang merancang untuk menubuhkan kilang di AS kerana mereka akan bimbang tentang layanan "yang merugikan" oleh pihak berkuasa AS. - Gambar/ Reuters
SEOUL: Presiden Korea Selatan Lee Jae Myung pada Khamis berkata pekerja Korea Selatan yang ditahan oleh pihak berkuasa imigresen Amerika Syarikat (AS) di Georgia akan dibebaskan pada 3 petang (waktu Seoul), sambil menyuarakan kebimbangan bahawa syarikat Korea akan berasa ragu-ragu untuk melabur di AS berikutan serbuan imigresen itu, lapor Agensi Berita Yonhap.

Ringkasan AI
  • Presiden Korea Selatan Lee Jae Myung mengesahkan pekerja Korea yang ditahan oleh imigresen AS di Georgia akan dibebaskan, sambil menyuarakan kebimbangan terhadap kesan serbuan terhadap pelaburan syarikat Korea di AS.
  • Serbuan ke atas kilang bateri Hyundai-LG menimbulkan kebimbangan layanan tidak adil oleh pihak berkuasa AS; pelepasan pekerja ditangguhkan kerana isu prosedur bergari yang dibantah oleh Seoul.
  • Pesawat sewa khas membawa 306 warga Korea dijadual pulang ke Seoul, dengan seorang pekerja memilih kekal di AS; pelepasan dipermudah selepas arahan daripada Rumah Putih dan Presiden Donald Trump.

Serbuan imigresen AS ke atas sebuah kilang bateri Hyundai-LG akan menyebabkan syarikat-syarikat Korea menjadi "sangat ragu-ragu" dalam membuat keputusan untuk membuat pelaburan langsung di AS, kata Lee pada satu sidang media sempena 100 hari beliau memegang jawatan.
Lee berkata serbuan itu akan memberi kesan kepada syarikat-syarikat yang merancang untuk menubuhkan kilang di AS kerana mereka akan bimbang tentang layanan "yang merugikan" oleh pihak berkuasa AS.
"Menurut maklumat terkini, mereka akan keluar dari pusat tahanan pada 3 petang," kata Lee.
Sebuah pesawat sewa khas yang membawa 306 warga Korea, termasuk 10 wanita dan 14 warga asing dijadual berlepas kira-kira 1 pagi Jumaat dan tiba di Seoul pada sebelah petang, kata Lee, sambil menambah bahawa seorang pekerja memilih untuk kekal di AS kerana seorang ahli keluarganya berstatus pemastautin tetap.
Lee menjelaskan bahawa pelepasan pulang itu, yang pada awalnya dirancang Rabu ditangguhkan selepas pegawai AS berkeras mahu membawa keluar pekerja berkenaan dalam keadaan bergari. Seoul membantah keras, katanya dan Washington mengubah pendiriannya, dengan merujuk kepada "arahan daripada Rumah Putih".
"Presiden Donald Trump mengarahkan, 'Benarkan mereka pulang secara bebas, tetapi mereka yang tidak mahu tidak perlu berbuat demikian.' Justeru, proses itu dihentikan sementara untuk mengubah prosedur pentadbiran," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#Amerika Syarikat
#pekerja Korea Selatan
#Lee Jae Myung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan