Malaysia tegas sijil halal AS hanya diiktiraf jika patuh piawaian JAKIM
Kerajaan menegaskan bahawa hanya daging, produk daging, unggas dan produk unggas dari Amerika Syarikat (AS) yang memiliki sijil halal dikeluarkan oleh badan pensijilan halal AS yang mematuhi piawaian serta standard halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sahaja akan dibenarkan diimport ke Malaysia.