ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 4 November 2026.
Beberapa laluan terjejas banjir kilat, jambatan Jalan Kubu Gajah runtuh
Laluan utama Kampung Kubu Gajah ke Paya Jaras Hilir terputus sepenuhnya, dengan laluan alternatif dan jambatan sementara akan disediakan.
Denda Najib Razak: ‘Masih belum cukup, tak betul’ - Asyraf Wajdi
Kutipan sumbangan awam (crowdfunding) yang dilakukan UMNO sejak 18 September lalu masih lagi belum mencukupi setakat Selasa.
Banjir perangkap penduduk Shah Alam dalam perjalanan cari rezeki
Pengguna jalan raya memaklumkan keadaan trafik sesak luar biasa berikutan penutupan beberapa laluan yang dinaiki air.
Da'i Syed menangis dilepas dan dibebaskan tuduhan merogol
Selepas berdepan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan, Da’i Syed menarik nafas lega apabila Mahkamah Rayuan di Putrajaya melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan merogol seorang wanita, tujuh tahun lalu.
Penduduk dinasihat tingkat kesiapsiagaan hadapi risiko banjir sepanjang monsun timur laut - MBSA
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menasihatkan penduduk di seluruh kawasan pentadbirannya supaya sentiasa berwaspada dan meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi kemungkinan banjir sepanjang Monsun Timur Laut.
PRN Melaka: Helmy pertaruh rekod perkhidmatan, Poo tawar perubahan
Rekod perkhidmatan penyandang dan tawaran penambahbaikan setempat menjadi sandaran utama dalam persaingan merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong pada 14 November ini.
Pelaburan Google cerminkan keyakinan global terhadap Malaysia - PM Anwar
Komitmen pelaburan tambahan Google sebanyak AS$15 bilion (kira-kira RM61.1 bilion) di Malaysia mencerminkan keyakinan syarikat teknologi antarabangsa itu terhadap kestabilan, bakat dan potensi negara untuk muncul sebagai kuasa digital utama di Asia Tenggara.
Dr Mahathir terharu doa tidak putus-putus buat Dr Siti Hasmah, ucap terima kasih kepada semua
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menyempurnakan urusan pengebumian isterinya Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali yang meninggal dunia pada 28 Sept lepas.
Bekas isteri Najib kritikal di ICU, Nizar mohon doa kesembuhan buat ibu
Keadaan kesihatan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar, bekas isteri kepada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan kritikal dan kini sedang mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi (ICU).
Banjir Nepal: 28 keluarga layak terima faedah PERKESO
Sebanyak 28 keluarga mangsa tragedi banjir dan tanah runtuh di sempadan Nepal–Tibet pada 26 Ogos lalu layak menerima faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).