Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Malaysia-Turki | Agong, Recep Tayyip gembira hubung dua hala kukuh

Malaysia-Turki | Agong, Recep Tayyip gembira hubung dua hala kukuh

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan menzahirkan kegembiraan atas hubungan dua hala yang terjalin kukuh antara Malaysia dan Turki dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi dan perdagangan.

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Istana Negara, kegembiraan itu dikongsi kedua-dua pemimpin dalam perbualan telefon selama 20 minit yang bermula pada pukul 5 petang itu.