Maritim Malaysia rampas dadah bernilai RM1.9 juta
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sabah dan Labuan merampas dadah bernilai RM1.9 juta yang ditemukan dalam sebuah bot persiaran tanpa nombor pendaftaran dan penumpang yang dihanyutkan hingga ke perairan Terumbu Peninjau atau Stesen PAPA Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Isnin.