Mati Lemas | Murid tahun tiga ditemukan lemas
Seorang murid tahun tiga ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di sebuah parit bersama dua rakan di Kampung Batu Sembilan, Kemaman, Terengganu.
Mangsa Mohammad Aman A Suhimi, 9 tahun dijumpai di dasar parit pada jam 5.37 petang Khamis kira-kira dua ratus meter dari lokasi terakhir dia dilihat.