Menteri pertanian Jepun letak jawatan susulan kenyataan kontroversi
Taku Eto meletak jawatan sebagai Menteri Pertanian Jepun selepas kenyataan kontroversinya mengenai harga beras mencetuskan kemarahan rakyat, sekali gus memberi tekanan besar kepada Perdana Menteri Shigeru Ishiba yang kini berdepan krisis kepercayaan.