Penasihat kanan FIFA, Carlos Cordeiro meletak jawatan pada Jumaat sebagai tanda bantahan terhadap rancangan badan induk bola sepak dunia itu untuk menjual pegangan kepada firma ekuiti swasta.
Dalam kenyataannya, Cordeiro berkata, beliau tidak akan menyokong usaha FIFA menjual sebahagian pegangan dalam Piala Dunia selain turut menggesa pegawai kanan FIFA yang lain menyuarakan pendirian mereka.