Op AidilAdha | JPJ Kedah keluarkan 655 saman
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah mengeluarkan 655 saman atas pelbagai kesalahan jalan raya sepanjang Ops Khas Hari Raya Aidil Adha 2022 di negeri itu.
Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Abdul Rahman Emang Anyie daripada jumlah itu, sebanyak 189 notis saman turut dikeluarkan ke atas pemandu warga asing.