Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Pelancong China | Kabinet Sabah akan putuskan polisi terkini

Pelancong China | Kabinet Sabah akan putuskan polisi terkini

Kabinet Sabah akan menetapkan polisi terkini sebagai persediaan berdepan gelombang atau varian baharu COVID-19 serta menangani kemasukan pelancong China susulan peningkatan kes COVID-19 di negara itu.

Jurucakap kerajaan Sabah berkaitan COVID-19, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sebarang keputusan akan diputuskan jemaah Menteri pada mesyuarat Kabinet minggu depan.