Skip to main content

Advertisement

Peguam teliti komen Papagomo, akan putuskan tindakan - Fahmi

Peguam teliti komen Papagomo, akan putuskan tindakan - Fahmi

Pasukan peguam kepada Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil sedang meneliti komen Papagomo di media sosial berhubung kes saman antara mereka yang diselesaikan pada Isnin.

Fahmi berkata, beliau menyedari kenyataan terbaharu Papagomo atau Wan Muhammad Azri Wan Deris itu dan akan mendapatkan nasihat peguam jika ada pelanggaran terhadap terma penyelesaian yang telah dicapai.