Pemimpin Syria harap Trump perbaiki hubungan
Pemimpin de facto Syria, Ahmed al-Sharaa, mengucapkan tahniah kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, atas pelantikan beliau, sambil menyuarakan harapan untuk meningkatkan hubungan antara kedua-dua negara.
Beliau menyatakan keyakinan bahawa Trump mampu membawa keamanan ke Asia Barat serta memulihkan kestabilan di rantau tersebut.