Pencerobohan Hutan | Malim Gunung jadi mata, telinga kerajaan
Malim Gunung Perhutanan akan menjadi mata dan telinga kerajaan dalam usaha membanteras kegiatan pencerobohan hutan serta pemburuan haram.
Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, kementeriannya mensasarkan untuk melatih 1,000 individu iaitu tambahan kepada 590 Malim Gunung Perhutanan di seluruh negara ketika ini.