Penduduk berang serangan terhadap kanak-kanak
Insiden serangan pisau terhadap empat kanak-kanak di pekan Annecy, Perancis pada Khamis menimbulkan kemarahan rakyat negara itu. Tiga daripada kanak-kanak terbabit cedera parah dan sedang bertarung nyawa, manakala seorang lagi dilaporkan cedera ringan.