Perbankan | Sukuk kelestarian SME Bank cecah RM536 juta
SME Bank merekodkan pertambahan sukuk kelestarian dengan nilai keseluruhan kini mencecah RM536 juta. Inisiatif di bawah Fasa Kedua Pelan Hala Tuju Kelestarian Tiga Tahun (2021-2023) itu sekali gus melebihi jumlah awal yang ditetapkan iaitu RM300 juta.