Jiwa SME 2026: Teruskan jelajah ke Kota Kinabalu, fokus agro-makanan dan kelestarian
Jiwa SME 2026 meneruskan siri jelajahnya ke Kota Kinabalu, Sabah sebagai destinasi kedua selepas lokasi pembukaan. Bertemakan agro-makanan dan kelestarian, program ini mengetengahkan potensi sektor pertanian moden serta usaha memperkukuh pembangunan mampan dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).