Piala Sumbangsih | KL City FC kecundang, JDT menang selesa
Johor Darul Ta'zim (JDT) menebus semula kekalahan yang dialami kepada KL City FC sebelum ini dengan mempamerkan aksi kemas dalam perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.
Harimau Selatan kali ini bangkit menundukkan KL City 3-0 selepas kecundang pada aksi Piala Malaysia 2021 tiga bulan lepas.