Polis sahkan mayat ditemui ditanam dalam simen di bilik air
Penduduk sekitar Kampung Pendamar, Pandamaran gempar apabila mayat seorang wanita ditemui ditanam dalam simen di bilik air di sebuah rumah sewa pada Ahad. Seorang individu yang enggan dikenali berkata, dia mengetahui berkaitan penemuan mayat berkenaan selepas melihat kehadiran anggota polis dan bomba di hadapan rumah terbabit.