Lelaki maut berbalas tembakan dengan polis di Tambun
Menurut Pengarah JSJ Bukit Aman Datuk M. Kumar, suspek melepaskan tembakan selepas kenderaannya ditahan anggota rondaan kira-kira 2.30 pagi. Polis membalas tembakan dan menemukan sepucuk pistol berhampiran suspek.