Polis siasat video murid tertinggal di sekolah
Polis membuka kertas siasatan susulan penularan video seorang murid lelaki mengejar kereta dipandu ibunya selepas tertinggal di hadapan sebuah sekolah rendah di Seri Kembangan. Ketua Polis Daerah Serdang memaklumkan laporan telah dibuat oleh ibu kanak-kanak terbabit dan kes disiasat mengikut beberapa akta berkaitan.