Polis tumpaskan judi sabung ayam di kebun haram di Klang
Polis Selangor menumpaskan kegiatan judi sabung ayam yang dijalankan di sebuah kebun haram berhampiran Pangsapuri Seri Angkasa, Bandar Bukit Tinggi pada Ahad. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, memaklumkan bahawa semasa serbuan dilakukan, kesemua individu sedang asyik menyaksikan aktiviti perjudian tanpa menyedari kehadiran pihak berkuasa.
