Politik | PKR tidak bincang gagasan khemah besar
Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan cadangan khemah besar tidak pernah dibincangkan dalam semua proses membuat keputusan parti itu.
Saifuddin sebaliknya menjelaskan, cadangan khemah besar hanya dibincang dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Harapan (PH), namun ia tidak mengikat PKR.
