Beberapa peniaga di Bazar Ramadan Santai BTP, Bandar Tasik Puteri, berdepan kerosakan khemah selepas diterbangkan angin kencang pada hari pertama berniaga. Kejadian sekitar jam 4.30 petang itu turut mengakibatkan makanan, minuman dan peralatan peniaga rosak, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.