Presiden Argentina diserang ketika berkempen
Presiden Argentina, Javier Milei, terpaksa diselamatkan oleh pasukan keselamatan selepas kenderaan dinaikinya diserang penunjuk perasaan semasa acara kempen di wilayah Buenos Aires. Insiden berlaku ketika beliau berdiri di belakang trak pikap bersama kakaknya, Karina Milei. Serangan ini berlaku di tengah-tengah siasatan skandal rasuah melibatkan agensi kebajikan negara itu.